Selasa, 27 Julai 2010

Rahsia dan Hikmat Surah YAASIIN (Hai Manusia)



Nabi  Muhammad s.a.w. bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin."  Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik."

Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

a) Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

b) Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

c) Barang siapa membaca 1 kali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

d) Barang siapa membacanya 1 kali pada awal malam, andai kata dia meninggal dunia pada malam itu, mesti dia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata dia meninggal dunia pada hari itu, mesti dia mati syahid.

e) Barang siapa membacanya 1 kali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

f) Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah s.w.t. akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan