Jumaat, 30 Julai 2010

RAHSIA & HIKMAT SURAH AL-IKHLAS


 
Disebut surah al -ikhlas (menyelamatkan) kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakaratulmaut dan menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

Dari Ubay ibn Ka’b r.a dari Nabi s.a.w.
“Barangsiapa membaca surah al-ikhlas satu kali maka Allah memberikan kepadanya dari pahala seorang yang beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabnya dan rasul-rasulNya, dan dia memberi kepadanya – dari – pahala seperti pahala orang mati syahid”.

Dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. beliau bersabda yang bermakna:
“Barangsiapa membaca Qulhuallah maka seakan-akan ia membaca seperti sepertiga al-Quran.”

Bersabda Rasulullah yang bermaksud:
“Barangsiapa membaca Qulhuallah 3 kali maka ia seperti membaca al-Quran seluruhnya.”

Bersabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang membaca surah al-ikhlas dalam sembahyang-sembahyang fardunya maka Allah SWT mengampun kepadanya dan kedua orang tuanya, dan menghapuskan namanya dari buku induk orang-orang yang celaka dan menuliskannya didalam buku orang-orang yang beruntung.”

Sabda Rasulullah yang membawa maksud:
” Barangsiapa membaca al-ikhlas 10 kali, maka Allah s.w.t.  membangunkan untuknya rumah di dalam syurga.”

Imam al-Thabarani dari sahabat Jabir ibn Abdillah R.A. yang bermaksud:
“Barangsiapa membaca Al-ikhlas setiap hari 50 kali maka ia kelak di hari kiamat dipanggil dari kuburnya,”Bangunlah kamu, hai orang yang memuji Allah SWT, maka masuklah ke syurga.”


Maka janganlah lupa membaca al-ikhlas 10 kali setiap selesai sembahyang fardu.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, bahawasanya:
“Barangsiapa yang membaca al-ilklas 100 kali di dalam atau di luar sembahyang maka Allah SWT menulis untuknya bebas dari neraka.”

Diriwayatkan oleh Imam Sahal ibn Sa’d R.A:
“Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. diadukannya kefakirannya, lalu beliau s.a.w.bersabda yang membawa maksud: ” Apabila kamu masuk rumahmu maka ucapkan salam jika di dalamnya ada seseorang dan jika tidak ada seseorang di dalamnya, maka ucapkan salam atas dirimu, lalu ucapkan salam ke atas Nabi s.a.w. dan bacalah al-Ikhlas1 kali.”

1 ulasan:

  1. Allah Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan seru sekelian alam..Tuhan bagi sekelian makhluk yang memerlukan kepadanya..yang mememiliki, memerintah, dan menentukan semua alam yang ghaib dan nyata...dunia dan akhirat.

    BalasPadam