Selasa, 3 Ogos 2010

KEBAIKAN BERPUASA


1.     Menyihatkan sistem pencernaan. Waktu kita berpuasa sistem pencernaan kita berehat selama 12-14 jam selama satu bulan. Hal ini menyebabkan kurangnya kerja-kerja pencernaan yang dilakukan oleh sistem pencernaan kita.
2.     Mengurangkan berat berlebihan. Puasa dapat mengurangkan lemak dan kegemukan. Rasa lapar bukan saja menyebabkan perut kosong, tetapi kadar gula dalam darah juga menurun. Dan akibatnya berat badan akan menurun dengan syarat masa berbuka janganlah balas dendam dengan makan sebanyak mana yang kita mahu.
3.     Memelihara tubuh dari kelebihan sisa-sisa zat yang tidak diperlukan. Semasa berpuasa, tubuh kita akan menggunakan zat-zat makanan yang tersimpan untuk bertindak membuang sel-sel yang rusak dan lemah  dari bagian tubuh yang sakit selanjutnya memberi kesempatan kepada sel-sel tubuh untuk menjadi lebih aktif.
4.     Melindungi dari masalah gula. Puasa secara semula jadi dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Keadaan ini menyebabkan pangkreas yang menghasilkan insulin berehat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan