Wajib pembahagian harta pusaka diagihkan mengikuti sistem faraid seperti mana yang diterangkan di dalam al-Quran walaupun si mati ada meninggalkan wasiat.
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Harta pusaka dan wasiat adalah dua pembahagian yang berasingan. Jika si mati meninggalkan wasiat pada hartanya, syarak mewajibkan supaya disempurnakan dahulu hak penerima wasiat, barulah diagihkan harta secara Faraidh. Tetapi dengan syarat wasiat simati hendaklah menepati 2 syarat:
a) tidak melebihi kadar 1/3 harta peninggalan.
b) wasiat itu kepada bukan waris (penerima pusaka).
Jika melebihi 1/3 harta, atau kepada salah seorang penerima pusaka, maka mestilah mendapat kerelaan semua waris-waris lain. Dalil didahulukan penyempurnaan wasiat ialah firman Allah Taala: Maksudnya: (Pembahagian tersebut hendaklah) selepas ditunaikan wasiat yang dibuat, atau (dan) sesudah dilunaskan hutang. (Al-Nisa: 11).
Rujukan: Tahqiqaat Mardhiyyah m/s 29-30
Tiada ulasan:
Catat Ulasan